ADN

DUN Kota Anggerik sumbang 25 tablet kepada anak orang asal

6 Feb 2021, 2:58 AM
DUN Kota Anggerik sumbang 25 tablet kepada anak orang asal

SHAH ALAM, 6 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik menyumbang tablet kepada 25 anak orang asal dari Kampung Air Kuning di sini bagi melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini.

Wakil Rakyatnya Najwan Halimi berkata mereka terdiri daripada murid Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik Seksyen 6 di sini yang dikenal pasti kurang kemampuan untuk memilik peranti berkenaan.

"Semoga dengan pemberian peranti elektronik itu sedikit sebanyak meringankan beban mereka dan memberi semangat kepada mereka untuk terus belajar walaupun hanya di rumah.

"Malah, sumbangan ini juga bukti bahawa kita tidak pernah mengabaikan kebajikan golongan orang asal," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya agihan tablet itu akan diteruskan berdasarkan pemilihan pelajar yang dibuat pihak sekolah bagi memastikan hanya yang benar-benar layak terima manfaat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619