AGENDA

Kerajaan, hospital swasta jalin kerjasama elak sistem kesihatan lumpuh

4 Feb 2021, 9:46 AM
Kerajaan, hospital swasta jalin kerjasama elak sistem kesihatan lumpuh

SHAH ALAM, 4 FEB: Kerajaan menjalinkan kerjasama dengan pihak perubatan swasta bagi menggunakan kemudahan sektor itu dalam usaha memastikan sistem kesihatan negara tidak lumpuh.

Perdana menteri berkata penggunaan hospital, klinik, makmal, sumber manusia serta aset lain dilihat perlu memandangkan sistem kesihatan negara sudah hampir mencapai kemuncaknya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kerajaan akan membayar pampasan kepada pemilik premis berdasarkan penilaian.

"Dengan trend kenaikan kes ketika ini, hospital Covid-19 termasuk wad unit rawatan rapi (ICU) hampir mencapai kapasiti 100 peratus.

"Melalui Ordinan Darurat (Kuasakuasa Perlu) 2021, ia dapat mempertingkatkan kecekapan pengurusan pandemik dan hanya bersifat sementara hingga tempoh darurat tamat," katanya ketika menyampaikan perutusan khas hari ini.

Menurutnya, 31 hospital swasta juga bersetuju menerima pesakit Covid-19 dan melakukan rawatan sebagai usaha mengurangkan tekanan di hospital kerajaan membabitkan kos sebanyak RM27 juta.

"Setakat semalam, hospital berkenaan bercadang menyediakan 1,344 katil di wad biasa manakala 65 katil di wad ICU.

"Melalui ordinan sama juga, kerajaan akan mula mengambilalih kemudahan sedia ada bagi tujuan menambah pusat saringan Covid-19 dan pusat kuarantin," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619