PBT

MPS sedia enam tong buang perabot terpakai, e-sisa

4 Feb 2021, 6:51 AM
MPS sedia enam tong buang perabot terpakai, e-sisa

SHAH ALAM, 4 FEB: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyediakan enam tong Roll On Roll Off (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal e-sisa dan perabot lama.

Pengarah jabatan korporatnya berkata program 'Spring Cleaning' sempena Tahun Baharu Cina meliputi enam lokasi bermula esok hingga 7 Februari.

Mohamad Zin Masoad memaklumkan lokasi terlibat ialah Kampung Desa Aman, Taman Selayang Jaya, Kampung Baru Kundang, Kampung Sungai Terentang, Kampung Lee kim Sai dan Desa Jaya.

"MPS berharap penduduk mengambil peluang ini bagi memudahkan kontraktor membuat kutipan sekali gus memastikan kawasan sekitar bersih dan selesa," katanya dalam kenyataan.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan di talian

03-61266024 atau layari www.mps.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619