AGENDA

80,000 pesara, anggota polis terima bantuan RM500 mulai Mac

3 Feb 2021, 10:12 AM
80,000 pesara, anggota polis terima bantuan RM500 mulai Mac

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Seramai 80,000 pesara, bekas dan petugas polis bakal menerima bayaran RM500 sekali bayar (one-off) yang dibuat secara berperingkat mulai Mac hingga November ini.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), Polis Diraja Malaysia bersetuju dengan memberi bayaran berkenaan kepada mereka yang layak mengikut statut Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) termasuk mereka yang belum menerima pingat.

Beliau berkata kemas kini maklumat pesara dan bekas polis boleh dibuat melalui pautan http://epesara@rmp.gov.my. dan pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan (perlu disahkan) seperti yang disyaratkan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018, antaranya salinan kad pengenalan awam.

"Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen, Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai akan membantu dalam memudahkan urusan kemas kini maklumat dan pengesahan dokumen bagi memudahkan pesara, bekas dan petugas polis di kontinjen dan daerah masing-masing.

"Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 'hotline', 03-22664011/4012/4013/4014/4015, manakala Bilik Gerakan e-Pesara PDRM beroperasi pada 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari bekerja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemberian sekali bayar sebanyak RM500 itu dibuat melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.

“Kerajaan bersetuju memberi inisiatif tersebut dalam ucapan Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pada 26 November tahun lepas,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619