BERITA UTAMA

Kerajaan Negeri sumbang baucar e-Bazar Tahun Baharu Cina RM2 juta

1 Feb 2021, 2:07 PM
Kerajaan Negeri sumbang baucar e-Bazar Tahun Baharu Cina RM2 juta
Kerajaan Negeri sumbang baucar e-Bazar Tahun Baharu Cina RM2 juta

SHAH ALAM, 1 FEB: Kerajaan Negeri menyediakan baucar pembelian dengan peruntukan RM2 juta untuk dimanfaatkan menerusi Selangor e-Bazar Tahun Baharu Cina.

Dato' Menteri Besar berkata orang ramai boleh menebus baucar tersebut menerusi kempen jualan dalam talian yang bermula hari ini sehingga 7 Mac.

"Bagi menambahkan kemeriahan Tahun Baharu Cina tahun 2021, kempen ini dilancarkan bagi menggalakkan pembelian menerusi platform Shopee dan Lazada.

"Lebih 20,000 Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dijangka akan menawarkan pelbagai produk pilihan kegemaran ramai sempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini," katanya menerusi Facebook.

Selasa lalu, EXCO Industri dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim berkata kempen berkenaan menyasarkan penyertaan 25,000 PKS serta mikro termasuk 12,500 penjual baharu.

Beliau menambah inisiatif itu bagi menerapkan pendigitalan dalam perniagaan terutama mendepani cabaran pasca Covid-19, selain menyediakan platform yang selamat untuk pengguna mendapatkan pelbagai jenis barangan dengan harga berpatutan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619