AGENDA

Selangor anjur sambutan Tahun Baru Cina dalam talian

1 Feb 2021, 5:29 AM
Selangor anjur sambutan Tahun Baru Cina dalam talian

SHAH ALAM, 1 FEB: Selangor menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina dalam talian secara besar-besaran menerusi rangkaian media sosial pada 12 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) berkata ia sebagai alternatif menikmati perayaan itu dalam suasana norma baharu.

Menurut Dato' Teng Chang Khim, sebanyak 12 persembahan istimewa bakal ditampilkan secara langsung selama 68 minit bermula jam 9 malam.

"Beberapa kumpulan terkenal akan membuat persembahan nyanyian, tarian dan kebudayaan bermutu tinggi kepada penonton.

"Program juga diselitkan dengan ucapan dan mesej positif Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari serta ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)," katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Orang ramai boleh menonton di laman Facebook Amirudin dengan carian ami.mbselangor serta beberapa media elektronik.

Kumpulan kebudayaan bakal membuat persembahan ialah:

1. Emcees’ Talk Show - Soo Wee Seng & Soo Rui Yang

2. Reunion - Hands Percussion Malaysia

3. Reminiscence - Han Fong Dance Ensemble

4. The Conqueror - Sara Heng & Hands Percussion Malaysia

5. Don’t Worry, My Dear - Fresco Harmonica Ensemble

6. Teochew Puppet Documentary - Teochew Puppet & Opera

7. A New Bloom- Ong Chia Kun & Howz & Jimmy Ch’ng

8. Lion Dance Documentary - The King of Lion Dance

9. Lion Dance - Subang Hong Teck

10. Horse Dance - Shui Tung Fang Band

11. CNY Song 2021 - Tha Jie Ying

12. Gong Xi Gong Xi - Barisan EXCO

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619