ADN

Duduk PPR secara haram, KPKT digesa ambil tindakan tegas

31 Jan 2021, 6:58 AM
Duduk PPR secara haram, KPKT digesa ambil tindakan tegas

PETALING JAYA, 31 JAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) digesa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mendiami unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 secara haram.

Ahli Dewan Negeri Seri Setia berkata kediaman kosong kembali menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab, termasuk rakyat tempatan dan warga asing yang enggan membayar sewa.

Halimey Abu Bakar memaklumkan walau tindakan sudah diambil sebelum ini, namun kejadian sama terus berleluasa berikutan aspek pemantauan longgar.

"Pentadbiran kerajaan sebelum ini melalui imigresen dan polis bersama Kerajaan Selangor mempergiat usaha menangani isu tersebut dan kes berjaya dikurangkan. Malangnya kini ada yang masuk semula dan duduk percuma," katanya pada sidang media di sini.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Blok 1 Hairuddin Idris berkata pihaknya pernah menasihati individu berkenaan supaya meninggalkan kediaman terbabit, namun tidak diendahkan.

Jelasnya, tindakan pengusiran hanya boleh dilaksana oleh pihak pengurusan yang perlu dibuat secepat mungkin bagi mengatasi masalah tersebut.

"Kita sudah kenal pasti rumah yang diceroboh dan memiliki senarai nama individu berkaitan tetapi kita tiada hak untuk halau," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619