ADN

DUN Kota Anggerik sumbang tablet kepada murid kurang mampu

31 Jan 2021, 1:00 AM
DUN Kota Anggerik sumbang tablet kepada murid kurang mampu

SHAH ALAM, 31 JAN: Kira-kira 30 murid sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik menerima sumbangan tablet untuk memudahkan pembelajaran.

Wakil rakyatnya berkata bantuan bernilai RM20,000 melalui peruntukan program Mesra Rakyat bagi meringankan beban ibu bapa berpendapatan rendah.

Najwan Halimi memaklumkan kriteria pemilihan murid dibuat dengan kerjasama sekolah untuk memastikan hanya yang layak menerima manfaat.

"Saya terima banyak rungutan daripada ibu bapa yang tidak mampu untuk membeli komputer atau tablet kepada anak mereka, justeru saya mengambil keputusan untuk menyumbang keperluan ini," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, sebanyak tiga tablet sudah diagihkan kepada murid berkenaan setakat ini dan selebihnya akan diberi secara berperingkat.

Sementara itu, wakil penerima Siti Hajar Haderan, 30, berterima kasih kepada Ahli Dewan Negeri atas bantuan itu dan mengakui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) agak mencabar.

"PdPR bukan sahaja menuntut disiplin tinggi murid tetapi ibu bapa perlu memainkan peranan dan bersabar bagi memastikan anak tidak tercicir terutama yang baharu memasuki alam persekolahan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619