AGENDA

Kerajaan disaran guna kit ujian pantas antigen lebih meluas

30 Jan 2021, 9:35 AM
Kerajaan disaran guna kit ujian pantas antigen lebih meluas

SHAH ALAM, 30 JAN: Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menyarankan saringan Covid-19 menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) dilakukan dengan lebih meluas.

Pengerusinya berkata keputusan segera ujian berkenaan membolehkan tindakan awal dilakukan susulan kebimbangan virus semakin merebak dalam komuniti.

"Jika kita lakukan 1,000 saringan dan keputusannya adalah 200 kes positif atau pada kadar 20 peratus, ini bermaksud virus sedang merebak dalam komuniti.

"Perebakan wabak dianggap terkawal apabila hasil saringan mendapati hanya ada 50 kes positif atau lebih rendah," kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi kenyataan hari ini.

Mantan menteri kesihatan berkata Malaysia pernah merekodkan kadar jangkitan pada tahap sembilan peratus tetapi kini turun kepada 5.8 peratus.

"Semua pihak perlu melakukan langkah pencegahan bagi memastikan kadar jangkitan di bawah paras lima peratus seperti ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.

Semalam pegawai perubatan Institusi Penyelidikan Klinikal Negara (CRC) mencadangkan kerajaan menggunakan RTK-Ag mengganti ujian tindak balas berantai polimeras masa nyata (rt-PCR).

Arvinder Singh HS berkata rt-PCR mengambil masa lama untuk diproses meskipun kaedah itu mampu mengesan virus Covid-19 yang mati.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619