AGENDA

Ringgit dibuka rendah 4.0500/0560 berbanding dolar AS

29 Jan 2021, 2:10 AM
Ringgit dibuka rendah 4.0500/0560 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat itu sebagai permintaan yang selamat untuk mata wang.

Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0500/0560 berbanding dolar AS daripada 4.0440/0470 semasa ditutup pada Rabu.

Pasaran ditutup semalam berikutan cuti umum Thaipusam.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata saham dan mata wang pasaran sedang pesat membangun bergelut di bawah pelaksanaan vaksinasi Covid-19 yang amat perlahan di peringkat domestik dan pasaran maju, mendorong permintaan terhadap dolar AS.

“Peniaga menjangka ringgit akan diniagakan secara defensif berdasarkan naratif ini,” katanya kepada Bernama.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0451/0508 daripada 3.0491/0520 pada Rabu dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8763/8825 daripada 3.8956/8996.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, merosot berbanding pound kepada 5.5558/5617 daripada 5.5536/5594 dan susut berbanding euro kepada 4.9050/9106 daripada 4.9021/9131 sebelum ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619