AGENDA

Pejabat LHDN di Menara TM, Jalan Semarak ditutup mulai esok

28 Jan 2021, 6:14 AM
Pejabat LHDN di Menara TM, Jalan Semarak ditutup mulai esok

PUTRAJAYA, 28 JAN: Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Siasatan Putrajaya dan Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya di Menara TM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur ditutup bermula esok bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata Cawangan Siasatan Putrajaya, Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya termasuk Cawangan Wangsa Maju, yang ditutup sejak Isnin lepas, dijangka akan kembali beroperasi mulai Selasa depan (2 Februari).

"Sehubungan itu, dalam tempoh penutupan sementara ini, pelanggan disaran melakukan semua urusan secara dalam talian, namun, bagi pembayar cukai yang benar-benar memerlukan perkhidmatan secara bersemuka, mereka boleh mengunjungi mana-mana kaunter perkhidmatan LHDN yang berhampiran," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Orang ramai yang ingin membuat sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklum balas boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619