AGENSI

Selangor Kerjaya tawar kelainan, jadi contoh negeri lain

28 Jan 2021, 2:15 AM
Selangor Kerjaya tawar kelainan, jadi contoh negeri lain

SHAH ALAM, 28 JAN: Program Selangor Kerjaya menawarkan kelainan dengan menyediakan latihan secara dalam talian serta membantu proses temu duga pemohon.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) berkata inisiatif itu membantu majikan mendapat pekerja yang menepati kekosongan jawatan selain bimbingan mentor untuk memantapkan prestasi kerja.

"Sebagai negeri maju dan penyumbang utama ekonomi negara, Selangor sentiasa ke hadapan untuk melaksanakan pelbagai daya usaha serta landasan kepada belia untuk memajukan diri.

"Justeru MBM berharap usaha ini menjadi contoh kepada negeri lain supaya kita dapat mengimbangi kesan penularan Covid-19," kata Jufitri Joha kepada SelangorKini.

Pada Selasa, Dato' Menteri Besar mengumumkan pekerja terpilih menerusi Selangor Kerjaya bakal menjalani latihan secara dalam talian bersama syarikat besar atau ternama dengan bimbingan mentor untuk memantapkan prestasi serta menyesuaikan diri dengan pekerjaan baharu.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif tersebut seiring usaha membantu warga Selangor meningkatkan kemahiran, menjalani latihan semula kemahiran atau mempelajari kemahiran baharu bagi menyokong kemahiran sedia ada.

Selangor Kerjaya menawarkan 10,000 peluang pekerjaan dalam tempoh tiga tahun pascawabak Covid-19 dan sebagai permulaan, 2,000 peluang disediakan kepada lepasan universiti, vokasional dan sekolah menengah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619