AGENSI

KPDNHEP lancar Ops Catut pantau barangan keperluan PdPR

27 Jan 2021, 1:26 AM
KPDNHEP lancar Ops Catut pantau barangan keperluan PdPR

SHAH ALAM, 27 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melancarkan Ops Catut 8.0 bermula semalam hingga 8 Febuari depan terhadap barang keperluan elektrik di seluruh daerah.

Pengarahnya berkata ia membabitkan komputer meja dan riba, telefon bimbit, pencetak serta tablet memandangkan permintaan tinggi ketika ini susulan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

"Ops ini bagi membendung salah laku atau manipulasi harga oleh peniaga. Berikutan itu seramai 200 pegawai penguat kuasa akan meninjau harga atau unsur keuntungan tidak munasabah sepanjang tempoh ini," kata Muhammad Zikril Azan Abdullah dalam kenyataan.

Menurutnya, syarikat atau peniaga yang dikesan melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 Seksyen 14(1) boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 hingga RM1 juta atau denda lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Saya memberi amaran dan peringatan kepada mereka supaya tidak mengambil kesempatan dengan mengambil keuntungan tidak munasabah ketika permintaan meningkat ini.

"Orang ramai boleh membuat aduan di e-aduan@kpdnhep.gov.my, e-aduan@kpdnhep.gov.my atau hubungi talian pusat 1800886800 serta 03-88826245/6088. Mereka juga boleh hadir ke 73 cawangan KPDNHEP seluruh negara serta menerusi aplikasi WhatApps di talian 019-2794317," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619