AGENDA

Sanitasi: Pejabat, kaunter Air Selangor di KL ditutup sementara

25 Jan 2021, 4:17 AM
Sanitasi: Pejabat, kaunter Air Selangor di KL ditutup sementara

SHAH ALAM, 25 JAN: Ibu pejabat dan kaunter khidmat pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ditutup sementara bermula hari ini sehingga ke suatu tarikh dimaklumkan kelak.

Agensi berkata penutupan pejabat dan kaunter di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur itu bagi proses sanitasi dalam mengekang penularan Covid-19.

"Pelanggan sekitar bandar raya itu boleh berurusan di kaunter berdekatan di Petaling dan Gombak dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.

"Kami menggalakkan pelanggan menggunakan aplikasi dan sistem dalam talian untuk membayar bil bagi mengurangkan kontak rapat antara pelanggan serta petugas," katanya dalam kenyataan.

Air Selangor menjelaskan pembayaran boleh dibuat melalui perbankan Internet Jompay (Biller Code: 4200), aplikasi agensi, portal perkhidmatan pelanggan dan ejen kutipan berdaftar.

Sebarang pertanyaan dan aduan, pelanggan boleh menghubungi talian 15300, secara dalam talian di aplikasi Air Selangor atau layari laman sesawang http://www.airselangor.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619