SELANGOR

PdPR: DUN sedia bantu pelajar perlukan gajet - MB

24 Jan 2021, 9:30 AM
PdPR: DUN sedia bantu pelajar perlukan gajet - MB

GOMBAK, 24 JAN: Pusat khidmat dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia membantu pelajar yang memerlukan gajet bagi menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Dato' Menteri Besar berkata setiap DUN mempunyai peruntukan dan ia boleh digunakan untuk tujuan membantu rakyat.

"Untuk Gombak (Parlimen), sudah ada 100 permohonan. Setakat ini permohonan gajet agak popular memandangkan ia penting untuk sesi PdPR," kata Dato' Seri Amirudin Shari selepas melihat proses agihan ayam di Dewan Terbuka Batu Caves hari ini.

Ketika ini, semua pelajar menjalani PdPR berikutan sekolah ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu bagi mengekang penularan kes Covid-19.

Bagaimanapun kaedah pembelajaran dalam talian itu dilihat kurang memuaskan atas beberapa faktor antaranya capaian internet lemah serta pemilikan gajet.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619