AGENDA

Selangor edar 40,000 kad SIM, mudahkan urusan rakyat luar bandar

24 Jan 2021, 9:07 AM
Selangor edar 40,000 kad SIM, mudahkan urusan rakyat luar bandar

BATU CAVES, 24 JAN: Sebanyak 40,000 kad SIM internet akan diagihkan kepada penduduk luar bandar pada Mac bagi mendapatkan rangkaian komunikasi memuaskan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata bantuan melalui program Rakan Digital dihadkan untuk pembelajaran dan perniagaan sahaja.

"Kita akan selaraskan program data untuk rakyat Selangor dengan pejabat daerah supaya matlamatnya tercapai," katanya ditemui selepas melihat proses agihan ayam di di sini.

Beliau memberi jaminan masalah capaian internet di kawasan pendalaman negeri akan diatasi sepenuhnya menjelang 2022, berdasarkan perjanjian bersama Telekom Malaysia.

Amirudin berkata usaha dilaksana Smart Selangor Delivery Unit sudah dimulakan di Kuala Selangor dan akan diteruskan di beberapa kawasan luar bandar yang lain.

"Sekitar 60 hingga 70 peratus kawasan dalam negeri ini mendapat akses berkapasiti tinggi. Hanya beberapa lokaliti menerima rangkaian 2G yang masih boleh menghantar pesanan tetapi bukan video," jelasnya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619