AGENDA

Covid-19: 10 lagi sekolah rendah di K.Terengganu diarah tutup

24 Jan 2021, 8:44 AM
Covid-19: 10 lagi sekolah rendah di K.Terengganu diarah tutup

KUALA TERENGGANU, 24 JAN: Sepuluh lagi sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu diarah tutup selama tujuh hari bermula hari ini hingga 30 Januari, susulan terdapat sejarah perjalanan kes pesakit Covid-19 ke semua sekolah berkenaan.

Sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman dan SK Gong Tok Nasek.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di semua sekolah terbabit.

"Penutupan sementara sekolah-sekolah itu dijalankan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit. Sehubungan itu, semua aktiviti dalam kawasan sekolah perlu ditangguhkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, pihak pengurusan sekolah terbabit juga memaklumkan kepada ibu bapa mengenai penangguhan agihan buku teks dan alat tulis kepada pelajar kepada satu tarikh dimaklumkan kemudian.

Baru-baru ini, SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh di sini turut diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu berikutan kes yang sama.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619