AGENDA

MB: Jangan salah guna kebenaran riadah ketika PKP

24 Jan 2021, 2:07 AM
MB: Jangan salah guna kebenaran riadah ketika PKP

SHAH ALAM, 24 JAN: Orang ramai diingatkan tidak menyalah guna kebenaran beriadah yang diberikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata kebenaran tersebut harus dipatuhi sebaiknya bagi mengelak kemudaratan kepada individu lain.

"Patuhi tatacara operasi piawai (SOP) dalam setiap tindakan dan aktiviti untuk melindungi diri dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19," tulisnya di Twitter.

Kenyataan tersebut susulan video tular aktiviti berbasikal secara berkumpulan di Taman Hillpark-Seri Pristana, Sungai Buloh semalam.

Kerajaan melaksanakan semula PKP bermula 13 Januari susulan peningkatan kes Covid-19 namun memberi kelonggaran terhadap beberapa sektor.

Kebenaran meliputi aktiviti riadah antaranya joging dan berbasikal tetapi secara bersendirian dengan jarak dua meter daripada individu lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619