AGENSI

Lima Bas Smart Selangor ke Maeps, mudahkan urusan pesakit Covid-19

23 Jan 2021, 7:28 AM
Lima Bas Smart Selangor ke Maeps, mudahkan urusan pesakit Covid-19
Lima Bas Smart Selangor ke Maeps, mudahkan urusan pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 23 JAN: Lima unit Bas Smart Selangor diserahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Serdang hari ini bagi memudahkan urusan rawatan pesakit.

Menurut Selangor State Government, bas berkenaan digunakan untuk menghantar dan mengambil pesakit dari Pusat Penilaian Covid-19 ke fasiliti kesihatan seluruh negeri.

[caption id="attachment_458290" align="alignright" width="500"] Bas Smart Selangor yang akan digunakan untuk kemudahan pesakit Covid-19. Foto Facebook Selangor State Government[/caption]

“Ini merupakan sumbangan Kerajaan Selangor melalui inisiatif Pakej Kita Selangor yang diumumkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari pada 20 Januari.

“Semoga bantuan diberikan membantu pengurusan logistik PKRC 2.0 Maeps dan memberi manfaat kepada pesakit serta petugas di sana,” tulisnya di Facebook.

Kelmarin, EXCO Pengangkutan Ng Sze Han memaklumkan sebanyak 10 Bas Smart Selangor disediakan untuk tujuan itu dan dinyahkuman dari semasa ke semasa.

Pakej Kita Selangor memperuntukkan RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

Pelan itu antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619