ADN

PKP: DUN Kota Anggerik teruskan program bantuan makanan

22 Jan 2021, 10:04 AM
PKP: DUN Kota Anggerik teruskan program bantuan makanan

SHAH ALAM, 22 JAN: Program Bank Makanan yang diwujudkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu akan diteruskan.

Ahli Dewan Negerinya berkata rancangan itu dibuat susulan sambutan menggalakkan berdasarkan lebih 3,000 keluarga menerima bantuan tersebut.

Bagaimanapun, Najwan Halimi menjangka bilangan penerima berkurang tahun ini berikutan kelonggaran kepada rakyat untuk berniaga.

"Penerimaan terhadap program kita setakat ini agak positif namun saya berasakan ada penurunan permohonan berbanding tahun lalu.

"Namun, jika ada keperluan, penduduk boleh ke pejabat DUN dan kita akan cuba bantu meringankan beban mereka dalam tempoh PKP ini," katanya selepas meninjau program tersebut bersama Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad di Klinik Selcare, Seksyen 13, di sini hari ini.

Najwan berkata pihaknya akan membantu menyumbang komputer riba kepada pelajar kurang berkemampuan bagi memudahkan proses pembelajaran dalam talian.

Rabu lalu, Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada setiap DUN dan RM50,000 kepada ahli parlimen negeri ini melalui program Mesra Rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619