AGENSI

Bilik Gerakan Covid-19 Selangor pantau wabak menyeluruh

22 Jan 2021, 12:58 AM
Bilik Gerakan Covid-19 Selangor pantau wabak menyeluruh

SHAH ALAM, 22 JAN: Bilik Gerakan Covid-19 Selangor akan memulakan operasinya di Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SSOC) bagi pemantauan wabak dengan lebih sistematik.

Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) berkata pusat kawalan itu akan merancang pengurusan bantuan, menyokong operasi kawalan bersama agensi Persekutuan termasuk memantau kes pandemik di negeri ini.

"Pusat kawalan menelan belanja RM6 juta mempunyai keupayaan operasi 24 jam lengkap dengan jaringan internet berkelajuan tinggi.

"Ia turut dilengkapi pusat data hibrid dan sistem komunikasi berpusat serta Smart Data Platform yang dilengkapi dengan keupayaan analisis data raya," kata agensi itu menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut, SSDU memaklumkan SSOC siap dibangunkan pada Disember tahun lalu di Dewan Jubli Perak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menurutnya, ia merangkumi lima fungsi bersepadu iaitu arahan, kawalan, komunikasi, komputer, kolobrasi dan kerjasama.

"Pembinaan SSOC ini merupakan salah satu daripada 60 inisiatif di bawah program Smart Selangor yang dibangunkan SSDU bagi menjadikan Selangor sebagai negeri pintar berdaya huni di rantau Asean menjelang 2025," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619