EXCO

EXCO: 10 Bas Smart Selangor khas bawa pesakit Covid-19 ke Maeps

21 Jan 2021, 8:53 AM
EXCO: 10 Bas Smart Selangor khas bawa pesakit Covid-19 ke Maeps

SHAH ALAM, 21 JAN: Kerajaan Negeri menyediakan 10 Bas Smart Selangor untuk membawa pesakit Covid-19 berisiko rendah ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.

EXCO pengangkutan berkata bas terpilih ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di situ memang khusus untuk tujuan tersebut dan kerap disanitasi.

"Kita turut mendapat nasihat dari Kementerian Kesihatan dan Unit Pengurusan Bencana Negeri supaya pemandu bertugas menghantar pesakit terjamin keselamatan mereka.

"Masyarakat juga tidak perlu bimbang kerana kenderaan itu tidak digunakan untuk perkhidmatan lain," kata Ng Sze Han kepada SelangorKini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri sentiasa berusaha pelbagai cara demi memerangi pandemik dan berharap orang ramai bersama berganding bahu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Semalam, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan Pakej Kita Selangor berjumlah RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

Pelan itu antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619