AGENDA

Ikut norma baharu, perkasa agenda pendigitalan dalam tadbir urus

21 Jan 2021, 5:58 AM
Ikut norma baharu, perkasa agenda pendigitalan dalam tadbir urus

SHAH ALAM, 21 JAN: Semua agensi Kerajaan Selangor digesa terus memperkasa agenda pendigitalan dalam tadbir urus bagi mencapai visi negeri pintar menjelang 2025.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata langkah itu seiring keperluan norma baharu yang menuntut peralihan kepada dalam talian.

"Sudah pasti ia bukan perkara mudah tetapi kita sudah melambangkan idea ini sejak 2016. Mungkin ia perkara asing namun kita perlu biasakan.

"Jika gagal, kita akan tertinggal dan tidak berupaya mendepani cabaran baharu," katanya ketika menyampaikan amanat tahun baharu 2021 hari ini.

Amirudin berkata Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) giat berusaha mengubah gerak kerja pentadbiran agensi negeri bagi menjayakan hasrat tersebut.

Jelasnya, Kerajaan Negeri membelanjakan RM10 juta antara 2016 hingga 2018 dan meningkat lebih lima kali ganda tahun lalu untuk proses pendigitalan.

"Belanjawan 2021 pula kita peruntuk RM369 juta bagi menjayakan agenda itu kerana pandemik Covid-19 menuntut kita untuk berubah yang disebut sebagai norma baharu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619