AGENDA

Polis buka kertas inkuiri siasat dakwaan judi di Maeps

21 Jan 2021, 3:55 AM
Polis buka kertas inkuiri siasat dakwaan judi di Maeps

SEPANG, 21 JAN: Polis membuka kertas inkuiri bagi menyiasat dakwaan berlakunya aktiviti judi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kertas inkuiri itu dibuka selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang anggota yang bertugas di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda, Sepang hari ini.

"Kertas inkuiri ini dibuka bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut (mengenai kejadian itu) selain untuk pemantapan pemeriksaan pesakit di Maeps," katanya hari ini.

Tular di media sosial beberapa hari lepas kononnya wujud aktiviti judi di sebuah dewan PKRC, MAEPS di Serdang yang menempatkan pesakit Covid-19.

Menerusi beberapa video berdurasi lima hingga 10 saat, terdapat beberapa pesakit yang bermain daun terup dan warganet menyifatkan tempat itu kini umpama mini kasino.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619