PBT

MBSA didik kaedah beri makan haiwan terbiar secara bertanggungjawab

20 Jan 2021, 7:37 AM
MBSA didik kaedah beri makan haiwan terbiar secara bertanggungjawab

SHAH ALAM, 20 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasang kain rentang di beberapa lokasi bagi mendidik masyarakat supaya memberi makan kepada haiwan terbiar secara bertanggungjawab.

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam berkata pemantauan pihaknya mendapati pemberian makanan oleh penduduk mengakibatkan bilangan haiwan berkeliaran bertambah.

"MBSA menerima sebanyak 1,840 aduan berkaitan anjing berkeliaran yang menimbulkan kacau ganggu kepada orang ramai sepanjang tahun lalu.

"Kaedah pendidikan seperti ini memberi pendedahan kepada masyarakat agar dapat bekerjasama dengan MBSA untuk menangani isu haiwan terbiar atau berkeliaran," katanya dalam kenyataan semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu menambah setiap individu perlu bertanggungjawab memelihara dan menjaga kebajikan haiwan yang diberi makan di kediaman masing-masing selaras Akta Kebajikan Haiwan, Seksyen 33.

"Aktiviti memberi makan kepada haiwan terbiar akan menyebabkan kawasan tersebut kotor dan menjadi satu kesalahan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 81," katanya.

Kelmarin, tular di Facebook masyarakat mempersoal tindakan PBT terbabit memasang kain rentang bagi mengingatkan orang ramai tidak memberi makan kepada haiwan liar.

Lebih mengundang kemarahan apabila tertera gambar kucing sebagai antara 'haiwan liar' di kain rentang tersebut dipercayai digantung di lokasi awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619