AGENDA

MB iringi PM lawat pusat kuarantin di Maeps

19 Jan 2021, 1:31 PM
MB iringi PM lawat pusat kuarantin di Maeps

SEPANG, 19 JAN: Dato' Menteri Besar mengiringi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersiko Rendah (PKRC) di Serdang hari ini.

Selain Dato' Seri Amirudin Shari, turut sama ke pusat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Muhyiddin yang tiba di sini pada jam 5 petang, meluangkan masa hampir sejam mendengar taklimat serta melawat pesakit Covid-19.

Sebelum ini, pusat berkaitan dibuka pada Mac tahun lalu tetapi ditutup pada Julai namun beroperasi kembali pada 6 Disember dan dikenali PKRC Maeps 2.0.

Kini sebanyak 9,000 katil disediakan bagi menempatkan pesakit Covid-19 berisiko rendah.

Amirudin Shari ketika ditemui SelangorKini berasa yakin pusat berkenaan mampu menangani beban hospital bagi mengurangkan jumlah pesakit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619