AGENSI

Pusat kuarantin Maeps dijangka atasi beban hospital - MB

19 Jan 2021, 12:09 PM
Pusat kuarantin Maeps dijangka atasi beban hospital - MB

SEPANG, 19 JAN: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Serdang dijangka mampu menangani beban hospital bagi mengurangkan jumlah pesakit.

Dato' Menteri Besar berkata pusat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) itu dibuka semula Disember tahun lalu dan mempunyai 9,000 katil.

"PKRC ini sedang berkembang kepada pusat rawatan bersepadu Covid-19 diusahakan antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta beberapa jabatan lain.

"Ia sekali gus menjadikan pusat rawatan dan kuarantin pertama di Malaysia yang menyediakan pelbagai kemudahan. Saya juga percaya ia mampu kurangkan bebanan hospital yang ditanggung kini," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui selepas sesi taklimat dan lawatan pusat kuarantin tersebut bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya.

Turut serta, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dan Pengarah PKRC Maeps 2.0 Dr Shahabuddin Ibrahim.

Sebelum ini pusat berkaitan dibuka pada Mac tahun lalu tetapi ditutup pada Julai namun kembali beroperasi pada 6 Disember dikenali PKRC Maeps 2.0.

Pada 24 Januari pula, Hospital Bersepadu Maeps akan bermula bagi merawat pesakit Covid-19 kategori tiga, empat dan lima untuk distabilkan sebelum dihantar mendapatkan rawatan rapi ke hospital.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619