AGENDA

Sedia Bas Smart Selangor bawa pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin

19 Jan 2021, 10:26 AM
Sedia Bas Smart Selangor bawa pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin

SERDANG, 19 JAN: Bas Smart Selangor akan digunakan bagi membawa pesakit Covid-19 dari rumah ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Berisiko Rendah di Maeps Serdang.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata penggunaan khidmat bas percuma itu sedang diteliti bagi mengurangkan tempoh pesakit menunggu di rumah.

"Terdapat rungutan pesakit berada di rumah agak lama meskipun sudah sampai masa ke pusat kuarantin, namun disebabkan kes harian di Lembah Klang tinggi sejak tiga minggu lalu, sudah tentu khidmat penghantaran (pesakit) tidak mencukupi," katanya.

Beliau ditemui selepas mendengar taklimat dan melawat pusat kuarantin tersebut bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya.

Turut serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dan Pengarah PKRC Maeps 2.0 Dr Shahabuddin Ibrahim.

Pada 2 April tahun lalu, Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor untuk membawa penumpang yang tiba di lapangan terbang ke pusat kuarantin.

Tindakan itu susulan arahan kerajaan supaya penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Subang menjalani kuarantin di tempat khas bagi mengekang penularan wabak sebelum dibenarkan pulang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619