AGENSI

MB: Taska sementara untuk anak petugas pusat kuarantin Maeps

19 Jan 2021, 9:54 AM
MB: Taska sementara untuk anak petugas pusat kuarantin Maeps

SEPANG, 19 JAN: Kerajaan Selangor akan menyediakan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) sementara untuk penjagaan anak petugas Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Dato' Menteri Besar berkata kemudahan itu diberi susulan terdapat lebih 1,000 anggota pasukan keselamatan sedang bertugas dalam pusat tersebut di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang.

"Di sini ada petugas barisan hadapan termasuk dari Kementerian Kesihatan (KKM), polis, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan penjawat awam lain.

"Mereka memerlukan taska yang dekat dengan anak-anak kerana kesemuanya bekerja lebih masa," kata Dato' Seri Amirudin Shari selepas sesi taklimat dan lawatan kawasan PKRC Maeps 2.0 di Serdang hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman; Pengarah PKRC Maeps 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya.

Pada Oktober tahun lalu, Kerajaan Negeri turut mewujudkan Inisiatif Penjagaan Anak Frontliner (iPAF) bagi membantu petugas barisan hadapan dengan menyediakan taska sementara.

Sebanyak sembilan lokasi dipilih iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Banting, Hospital Selayang, Hospital Kajang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Turut dibuka di Hospital Shah Alam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK Selangor) dan Bangunan Darul Ehsan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619