AGENDA

Imam masjid negeri Shah Alam positif Covid-19

19 Jan 2021, 4:44 AM
Imam masjid negeri Shah Alam positif Covid-19

SHAH ALAM, 19 JAN: Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya, ahli keluarga beliau yang turut positif virus tersebut dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya sebelum ini disahkan positif jangkitan tersebut.

Katanya, antara gejala yang dialaminya sebelum disahkan positif Covid-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering.

Sehubungan itu beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan pandemik tersebut serta sentiasa mematuhi tatacara operasi piawai selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.

Perkongsian beliau mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendoakan Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada Covid-19, melalui video yang dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619