AGENDA

PM: 27 juta rakyat terima vaksin Covid-19 pada Mac

18 Jan 2021, 9:38 AM
PM: 27 juta rakyat terima vaksin Covid-19 pada Mac

SHAH ALAM, 18 JAN: Hampir 27 juta rakyat negara ini bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 pada awal Mac, kata perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata suntikan vaksin akan terus dilaksanakan sehingga suku pertama tahun depan.

"Garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu perlu mengambil vaksin akan dihebahkan yang dijangka berjalan secara berperingkat dalam tempoh 12 bulan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rayat Malaysia (PERMAI) hari ini.

Pada 15 Januari menteri kesihatan berkata pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 akan dibuka tidak lama lagi.

Datuk Seri Dr Adham Baba berkata setiap individu akan menerima dua dos vaksin bagi memastikan perlindungan penuh daripada jangkitan virus itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619