AGENDA

MB: Elak stigma negatif terhadap pesakit Covid-19

17 Jan 2021, 3:03 PM
MB: Elak stigma negatif terhadap pesakit Covid-19
MB: Elak stigma negatif terhadap pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 17 JAN: Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mewujudkan stigma negatif terhadap pesakit Covid-19, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata golongan berkenaan bukan penjenayah sebaliknya memerlukan perhatian orang ramai.

"Mereka memerlukan bantuan dan doa dari masyarakat. Bersama kita cegah dan lawan virus Covid-19," katanya menerusi Twitter.

Beliau turut menasihatkan individu yang disahkan positif wabak mengikuti langkah penjagaan ditetapkan sewaktu menjalani kuarantin di rumah.

"Pastikan anda duduk di bilik berasingan yang mempunyai pengudaraan yang baik serta tandas sendiri serta aturkan supaya makanan dihantar ke depan pintu bilik.

"Jaga kebersihan diri dan guna perkakas mandian sendiri, pakai pelitup muka dan kekalkan jarak dua meter sekiranya perlu berkomunikasi dengan individu lain," katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan pesakit Covid-19 tahap satu dan dua menjalani rawatan serta kuarantin di rumah.

Namun ia dilakukan dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619