AGENDA

Rakyat jangan putus asa, beri ruang buat petugas barisan hadapan - Anwar

17 Jan 2021, 10:00 AM
Rakyat jangan putus asa, beri ruang buat petugas barisan hadapan - Anwar

SHAH ALAM, 17 JAN: Rakyat di negara ini diminta tidak berputus asa meskipun jangkitan harian Covid-19 terus meningkat sehingga mencecah lebih 4,000 kes, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang menasihatkan orang ramai terus menjaga kesihatan bagi membolehkan petugas barisan hadapan mendapat ruang untuk bernafas.

"Sikap mulia begini adalah yang paling mudah untuk dipraktikkan dan secara tidak langsung akan menguatkan komitmen kita dalam mencari jalan keluar dari kemelut ini.

"Terus tingkatkan disiplin diri dengan patuhi tatacara operasi piawai (SOP), pakai pelitup muka dengan betul, jaga jarak masing-masing serta kerap basuh tangan. Jika tidak ada keperluan, jangan keluar rumah," katanya dalam kenyataan.

Anwar yang juga ahli parlimen Port Dickson turut meminta rakyat terus meningkatkan peranan masing-masing sementara kerajaan bekerja lebih untuk mengembalikan keyakinan.

"Rakyat sedang menderita. Saya mendoakan kita jangan putus asa dan terus berusaha. Pengajaran dari tahun lalu itu sangat penting, dan jadikan ia sebagai dorongan untuk jadi lebih baik tidak hanya untuk diri sendiri namun untuk semua juga," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619