SELANGOR

Tanah mendap dekat tapak lombong Kuala Selangor, tiada kemalangan jiwa

16 Jan 2021, 1:45 PM
Tanah mendap dekat tapak lombong Kuala Selangor, tiada kemalangan jiwa

SHAH ALAM, 16 JAN: Insiden tanah mendap dilaporkan berlaku berdekatan kawasan perlombongan mukim Hulu Tinggi, Kuala Selangor pada jam 6.45 petang tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Korporat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) berkata tanah berkenaan menggelongsor masuk ke tapak operasi lombong.

"Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Namun tapak operasi telahpun ditutup dan semua aktiviti operasi dan penjualan dihentikan.

"Pasukan tindakan kecemasan kami sedang bekerjasama dengan bomba dan polis untuk memantau keadaan tapak operasi," kata Suhaimi Khalidi dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya sedang mengenal pasti kerosakan dan kerugian lain di kawasan tapak dan lokasi berhampiran.

Menurutnya, pasukan khas juga ditubuhkan dan kini sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi menyiasat punca kejadian.

"Keselamatan tetap menjadi keutamaan KSSB dan kami ingin meyakinkan pihak awam bahawa keadaan terkawal dan tidak terdapat risiko kesihatan dan alam sekitar setakat ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619