AGENDA

Ringgit dibuka 4.0340/0380 berbanding dolar US

15 Jan 2021, 3:05 AM
Ringgit dibuka 4.0340/0380 berbanding dolar US

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Ringgit dibuka dengan mengekalkan momentum meningkatnya berbanding dolar US hari ini berikutan minat belian yang berterusan, disokong oleh harga minyak yang kukuh, kata peniaga.

Pada 9.08 pagi, unit tempatan diniagakan tinggi pada 4.0340/0380 berbanding dolar US daripada 4.0370/0420 semasa ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata ringgit seperti semua mata wang yang dipengaruhi oleh minyak akan diniagakan dengan menggalakkan berikutan elemen komoditi infrastruktur pakej rangsangan Amerika Syarikat walaupun terdapat kebimbangan mengenai prospek pertumbuhan domestik berikutan peningkatan semula kes Covid-19.

“Pemulihan ekonomi China yang stabil memberi prospek baik kepada corak perdagangan serantau yang utama,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0436/0478 daripada 3.0466/0513 semalam, bagaimanapun merosot berbanding yen kepada 3.8886/8928 daripada 3.8821/8880.

Unit tempatan susut berbanding pound kepada 5.5197/5268 daripada 5.5105/5189 semalam, bagaimanapun naik berbanding euro kepada 4.9017/9082 daripada 4.9106/9183.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619