AGENSI

Jais laksana akad nikah menerusi sidang video sepanjang PKP

13 Jan 2021, 12:32 AM
Jais laksana akad nikah menerusi sidang video sepanjang PKP

SHAH ALAM, 13 JAN: Majlis akad nikah di Selangor dilaksanakan menerusi sidang video sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa agama.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata bakal pengantin perlu memohon janji temu akad nikah daripada Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) atau pengurusan masjid.

"Akad nikah akan dilakukan pendaftar yang berada di Paid manakala pengantin, wali dan dua saksi pula berada di rumah," kata Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menerusi kenyataan semalam.

Sementara itu, beliau berkata Jais membuka 10 kaunter talian telefon di One Stop Centre Bangunan Sultan Idris Shah untuk urusan nikah, cerai dan rujuk.

"Orang ramai boleh menghubungi talian 03-55143600 atau 03-55143400 sepanjang waktu pejabat Isnin hingga Jumaat untuk khidmat nasihat dan janji temu.

"Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan juga boleh diemailkan ke info@jais.gov.my. Hotline Penguatkuasaan dibuka bermula 8.00 pagi hingga 12.00 malam," katanya.

PKP dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari bermula hari ini sehingga 26 Januari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619