AGENDA

Sekolah di negeri PKPB, PKPP bermula 20 Januari kecuali tingkatan 2 dan 3

12 Jan 2021, 10:01 AM
Sekolah di negeri PKPB, PKPP bermula 20 Januari kecuali tingkatan 2 dan 3
Sekolah di negeri PKPB, PKPP bermula 20 Januari kecuali tingkatan 2 dan 3
Sekolah di negeri PKPB, PKPP bermula 20 Januari kecuali tingkatan 2 dan 3

SHAH ALAM, 12 JAN: Sesi persekolahan negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) bakal bermula pada 20 Januari.

Menteri kanan (pendidikan) bagaimanapun berkata kebenaran tersebut tidak tertakluk kepada pelajar tingkatan dua dan tiga yang menjalani pengajaran serta pembelajaran di rumah sehingga 8 Mac sebelum dibenarkan ke sekolah.

"Pelaksanaan kelas secara bersemuka di negeri PKPB dan PKPP melibatkan murid pra sekolah serta darjah satu hingga enam.

"Untuk sekolah menengah pula, sesi persekolahan untuk tingkatan satu dan empat, tingkatan lima bagi sesi 2020 dan 2021 serta tingkatan 6 (2020, 2021)," kata Dr Radzi Jidin menerusi sidang media hari ini.

Semalam kerajaan memutuskan pelaksanaan PKP di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKPB pula di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah Terengganu dan Kelantan manakala PKPP melibatkan Perlis dan Sarawak.

Pelaksanaan selama 14 hari bermula esok sehingga 26 Januari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619