AGENDA

Anwar gesa kerajaan segera umum langkah cegah Covid-19

11 Jan 2021, 8:45 AM
Anwar gesa kerajaan segera umum langkah cegah Covid-19
Anwar gesa kerajaan segera umum langkah cegah Covid-19

SHAH ALAM, 11 JAN: Kerajaan perlu segera mendedahkan strategi bagi membendung penularan Covid-19 berikutan sistem kesihatan negara semakin tenat.

Ketua pembangkang berkata perancangan tersebut antara lain perlu memastikan ekonomi terus bergerak seiring usaha mencegah penularan wabak.

"Jangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia kemungkinan negara merekodkan sebanyak 8,000 kes harian sangat membimbangkan," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini.

[caption id="attachment_314757" align="alignleft" width="427"] Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Town Hall Anak Muda Keadilan (AMK) di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru pada 20 April 2019. Foto BERNAMA[/caption]

"Saya menggesa setiap kita untuk mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) setiap masa bagi melindungi diri, keluarga, rakan sejawat dan teman dari wabak ini."

Beliau mengingatkan pemimpin politik untuk meningkatkan disiplin dan keprihatinan kepada rakyat yang tidak menerima layanan istimewa.

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada petugas hadapan yang komited menjalankan tugas meskipun terdedah kepada wabak.

"Pengorbanan mereka pada negara dan rakyat tidak kecil nilainya dan wajar disanjungi," katanya.

Pada masa sama, presiden Pakatan Harapan turut mendoakan kesembuhan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Rina Mohd Harun dan semua yang dijangkiti Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619