AGENDA

Ringgit dibuka rendah 4.0390/0440 berbanding dolar AS

11 Jan 2021, 2:35 AM
Ringgit dibuka rendah 4.0390/0440 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 JAN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan minat belian terhadapnya susulan peningkatan dolar AS yang lebih ketara, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi ini, ringgit berada di paras 4.0390/0440 berbanding dolar AS daripada 4.0300/0340 sewaktu ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Strategis Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata penyusutan ringgit pada awal dagangan itu adalah disebabkan oleh pulangan Perbendaharaan AS yang lebih tinggi.

“Ada yang berpendapat bahawa ekonomi AS akan pulih cepat susulan langkah bakal Presiden Joe Biden melaksanakan langkah pemberian vaksin secara berleluasa dengan secepat mungkin,” katanya kepada Bernama.

Penganalisis lain berkata kebimbangan mengenai penularan Covid-19 di peringkat tempatan terus mengheret turun pasaran ke wilayah negatif di tengah-tengah kemungkinan pelaksanaan langkah tegas bagi membendungnya.

Sementara itu ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0410/0450 daripada 3.0420/0459 pada Jumaat dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9227/9304 daripada 4.9319/9384.

Ringgit juga mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8810/8862 daripada 3.8813/8863 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4632/4703 daripada 5.4804/4875.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619