AGENSI

100 individu sertai program memancing di Tasik Unisel Bestari Jaya

11 Jan 2021, 12:33 AM
100 individu sertai program memancing di Tasik Unisel Bestari Jaya

SHAH ALAM, 11 JAN: Tasik Universiti Selangor (Unisel) Bestari Jaya menjadi lokasi pertama program memancing 'BCORIAN Masuk Universiti' anjuran Fishing Buddies Academy (FBA Academy) semalam.

Pengarah komunikasi korporat Unisel berkata program disertai 100 pelajar Belajar Casting Online (BCO) termasuk pemancing dari negara Zimbabwe dan Kanada selain penduduk berdekatan kampus berkenaan.

Hasril Abu Hassan memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan akademi berkenaan bagi memajukan aktiviti sukan memancing di negara ini.

"Setiap peserta memancing menggunakan teknik 'casting' (kaedah mengilat atau menggunakan umpan tipu) seperti yang dipelajari sepanjang menyertai BCO," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurutnya, semua peserta mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19.

FBA Academy adalah sebuah agensi yang menyediakan perkhidmatan kelas memancing pertama dalam talian di Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619