ADN

Kes Covid-19 makin serius, wakil rakyat setuju laksana semula PKP

10 Jan 2021, 12:45 PM
Kes Covid-19 makin serius, wakil rakyat setuju laksana semula PKP

SUNGAI BULOH, 10 JAN: Wakil rakyat Paya Jaras bersetuju jika kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar bagi mengawal penularan Covid-19.

Mohd Khairuddin Othman berkata langkah itu wajar memandangkan beberapa negeri terutama Selangor mencatat peningkatan kes harian Covid-19 membimbangkan.

"Wajar jika PKP dilaksana memandangkan Selangor mempunyai kes yang tinggi dan masyarakat perlu serius mematuhi tatacara operasi piawai (SOP)," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, beliau memaklumkan sejumlah RM600,000 dibelanja tahun lalu bagi menyediakan bantuan makanan kepada penduduk sekitar Paya Jaras yang terjejas susulan Covid-19.

Mohd Khairuddin menjelaskan sumbangan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan rendah sedia diteruskan jika PKP dikuat kuasa semula di negeri ini.

"Jika berlaku lagi PKP, kita faham kesusahan yang bakal dihadapi rakyat, justeru kita sedia membantu mereka pada tahun ini," menurutnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619