ADN

3,000 pelajar miskin sekitar Paya Jaras terima kelengkapan sekolah

10 Jan 2021, 11:21 AM
3,000 pelajar miskin sekitar Paya Jaras terima kelengkapan sekolah

SUNGAI BULOH, 10 JAN: Seramai 3,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Paya Jaras menerima bantuan peralatan sekolah.

Sumbangan berjumlah RM300,000 sempena program Kembali Ke Sekolah sesi 2021 meliputi set pakaian, kasut, stokin, pelitup muka dan beg.

"Program ini khusus untuk keluarga B40 terutama yang terjejas ketika pandemik Covid-19," kata wakil rakyat Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman ketika ditemui di sini.

Sementara itu, wakil penerima Mohammed Rohim Mheol berkata bantuan itu bakal dimanfaatkan anaknya yang memasuki tingkatan satu tahun ini.

"Terima kasih kepada wakil rakyat kerana sudi membantu dan memberi semangat kepada anak saya yang juga penghidap sindrom down untuk memulakan sesi persekolahan," katanya.

Seorang lagi penerima Muhammad Azrul Azwa juga berterima kasih atas sumbangan tersebut dan berharap program berkenaan diteruskan pada tahun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619