AGENDA

Operasi cari pesawat Sriwijaya Air di perairan Kepulauan Seribu

10 Jan 2021, 3:57 AM
Operasi cari pesawat Sriwijaya Air di perairan Kepulauan Seribu

JAKARTA, 10 JAN: Pihak berkuasa Indonesia hari ini meningkatkan operasi mencari pesawat Sriwijaya Air yang disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu semalam.

Kementerian Perhubungan, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), polis Indonesia (Polri), Tentera Indonesia (TNI) dan agensi lain berkaitan dalam kenyataan bersama memaklumkan operasi pencarian bermula 6 pagi tadi adalah bagi mencari bangkai pesawat di perairan berkenaan.

"Data jumlah personel yang terlibat dalam operasi setakat pagi ini sebanyak 326 personel, jumlah kapal 38 unit, dua helikopter dan dua pesawat udara, masing-masing dari BASARNAS, TNI, Polri, Kementerian Perhubungan, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) dan lain-lain.

"Kapal-kapal tersebut dilengkapi dengan peralatan seperti Multibeam Echosounder dan Remotely Operated Vehicle (ROV) untuk mengesan dan mencari bangkai pesawat, selain pasukan penyelam," menurut kenyataan itu.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Jakarta menuju ke Pontianak pada 2.36 petang waktu Indonesia Barat, sebelum disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619