ADN

DUN Kampung Tunku ajak masyarakat bantu mangsa banjir Pahang

9 Jan 2021, 4:48 AM
DUN Kampung Tunku ajak masyarakat bantu mangsa banjir Pahang
DUN Kampung Tunku ajak masyarakat bantu mangsa banjir Pahang

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 9 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku mengalu-alukan orang ramai untuk turut serta membantu dan menderma kepada mangsa banjir di Pahang.

Ahli Dewan Negerinya berkata pihaknya menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan, Persatuan Sukarelawan dan Kebajikan Tulus bagi mengumpul sumbangan membantu mangsa bencana tersebut.

 

"Orang ramai boleh menyumbang barangan seperti air mineral, biskut, mee segera, minyak masak dan beras.

"Syarikat swasta atau agensi korporat juga dialu-alukan bagi membantu kepada mangsa bencana ini," kata Lim Yi Wei ketika dihubungi.

Sumbangan boleh dibuat menerusi dalam talian ke akaun Pertubuhan Sukarelawan dan Kebajikan Tulus 5643 0623 9265 (Maybank) dan emel penyata pembayaran ke tulusvolunteers@gmail.com .

Selain itu, barangan bantuan juga boleh ditempatkan di Pejabat DAP Selangor, No 24, Jalan 20/9, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619