PBT

MBSA sumbang RM575,000 rancak aktiviti Selangor FC, SAY

8 Jan 2021, 3:56 PM
MBSA sumbang RM575,000 rancak aktiviti Selangor FC, SAY

SHAH ALAM, 8 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM575,000 kepada Kelab Bolasepak Selangor (Selangor FC) dan Selangor Youth Community (SAY).

Serahan dana oleh Datuk Bandar Shah Alam Dato' Haris Kasim kepada Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di sini bagi menyemarakkan aktiviti belia negeri.

Haris dalam kenyataan berkata sebanyak RM500,000 diagihkan kepada Selangor FC manakala RM75,000 diserahkan untuk pembangunan organisasi SAY.

Beliau menjelaskan MBSA juga bersedia menyalurkan kepakaran dan bantuan lain meliputi aspek logistik kepada pasukan Selangor untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2021.

“Di bawah kepimpinan DYTM Raja Muda Selangor, kami berharap sumbangan ini menjadi pembakar semangat kepada pemain Red Giants untuk mempamerkan aksi terbaik.

"Kami juga mahu mendekatkan lagi hubungan dengan warga Shah Alam yang rata-ratanya penyokong tegar pasukan Selangor," kata Haris.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon menyambut baik sumbangan oleh pihak berkuasa tempatan itu untuk pembangunan akar umbi bola sepak.

“Usaha MBSA perlu diberi galakan kerana mereka ingin menghidupkan komuniti sukan. Sumbangan ini bukan hanya untuk pasukan utama tetapi pembangunan peringkat akar dan akademi bola sepak lain,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619