AGENSI

KPDNHEP Selangor rampas 28 set penapis air tiruan

7 Jan 2021, 12:35 PM
KPDNHEP Selangor rampas 28 set penapis air tiruan

SHAH ALAM, 7 JAN: Pihak berkuasa merampas 28 set penapis air tiruan bernilai RM59,300 dalam serbuan di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan Selangor, semalam.

Operasi terhadap syarikat jualan langsung tersebut dilakukan lapan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor pada jam 11.30 pagi.

Pengarah KPDNHEP negeri berkata syarikat tersebut dipercayai menjual produk penapis air di Selangor dan Kuala Lumpur sejak dua tahun lepas.

"Hasil pemeriksaan mendapati syarikat berkenaan gagal mematuhi syarat lesen ditetapkan dan semua barangan disita untuk siasatan lanjut," kata Muhamad Zikril Azan Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat dibawah seksyen 6 (1) Akta Jualan Langsung dan Anti Piramid 1993, sabit kesalahan denda maksimum RM500,000 bagi syarikat dan RM250,000 (individu) atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619