EXCO

Ahli SMUE terima manfaat khairat kematian, baucar beli-belah

6 Jan 2021, 10:36 AM
Ahli SMUE terima manfaat khairat kematian, baucar beli-belah

SHAH ALAM, 6 JAN: Penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bakal menerima dua jenis manfaat mulai tahun ini, kata EXCO kesejahteraan bandar.

Rodziah Ismail berkata inisiatif tersebut ditambah baik menerusi sumbangan khairat kematian berjumlah RM500 dan baucar beli-belah RM100 kepada golongan layak.

"Kerajaan Negeri komited berkongsi hasil negeri untuk rakyat. SMUE memastikan golongan layak menerima manfaat semasa hidup dan selepas kematian," katanya sambil memaklumkan setakat ini SMUE menerima 4,879 permohonan.

Pada 30 Oktober lalu, Dato' Menteri Besar mengumumkan bantuan khairat kematian yang diberhentikan pada Mei 2019 disambung semula mulai tahun ini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sejumlah RM7.5 juta disediakan bagi melayakkan waris berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerima bantuan RM500.

Kerajaan Negeri juga menyediakan dana RM20 juta bagi melaksanakan program Jom Shopping SMUE.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619