AGENDA

Tambah baik sistem paip, tiga wilayah terjejas bekalan air Selasa depan

6 Jan 2021, 9:17 AM
Tambah baik sistem paip, tiga wilayah terjejas bekalan air Selasa depan
Tambah baik sistem paip, tiga wilayah terjejas bekalan air Selasa depan

SHAH ALAM, 6 JAN: Kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu akan dilaksanakan di Persiaran Selangor, Seksyen 15, Selasa depan bagi membolehkan sistem pengagihan air berada di tahap yang baik.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata susulan itu 36 kawasan di wilayah Petaling, Shah Alam dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam mulai 9 pagi, 12 Januari.

"Penambahbaikan infrastuktur paip ini juga merupakan usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan pengguna di masa hadapan," katanya menerusi Facebook hari ini.

Agensi juga meminta pengguna terjejas supaya menyimpan bekalan secukupnya serta menggunakan air secara berhemat sepanjang gangguan berlaku.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan berbeza di setiap kawasan bergantung kepada jarak lokasi serta tekanan air pada sistem agihan.

"Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Air Selangor, http://www.airselangor.com atau merujuk saluran komunikasi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Twitter serta hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300," katanya.

Kawasan yang terjejas bekalan air seperti berikut:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619