AGENSI

Mangsa bah Hulu Selangor, Kuala Selangor terima bantuan Yide

6 Jan 2021, 8:33 AM
Mangsa bah Hulu Selangor, Kuala Selangor terima bantuan Yide

SHAH ALAM, 6 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Hulu Selangor dan Kuala Selangor, semalam.

Pengurus Operasinya, Md Arifin Jaafar berkata sumbangan wang tunai dan set penjagaan peribadi diserahkan kepada wakil keluarga masing-masing.

"Hujan lebat berterusan sejak Ahad menyebabkan beberapa kawasan perumahan di Kampung Baru A, Hulu Bernam, Hulu Selangor dan Kampung Rantau Panjang, Kuala Selangor dinaiki air.

"Musibah yang menimpa semua mangsa bencana ini mendapat perhatian Yide yang turut bergegas turun padang menyampaikan sumbangan," katanya menerusi Facebook.

Selain itu, Md Arifin memaklumkan orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah di kawasan masing-masing dengan menghubungi  Yide di talian  017-756 9476.

Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah negeri ini pada Ahad susulan hujan berterusan hingga menyebabkan limpahan air Sungai Inki dan Sungai Bernam.

Kejadian tersebut menjejaskan Kampung Sekolah, Kampung Sungai Nilam, Kampung Serigala, Kampung Masjid, Kampung Paya Lebar, Kampung Alah Batu dan Kampung Belakang Sekolah di Hulu Selangor serta Kampung Rantau Panjang di Kuala Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619