EXCO

Tebus baucar pelancongan Selangor RM200 mulai Jumaat

6 Jan 2021, 5:47 AM
Tebus baucar pelancongan Selangor RM200 mulai Jumaat
Tebus baucar pelancongan Selangor RM200 mulai Jumaat

SHAH ALAM, 6 JAN: Orang ramai boleh mula menebus baucar pelancongan Selangor bernilai RM200 mulai Jumaat ini.

EXCO kerajaan tempatan berkata rakyat diminta mengambil peluang berkenaan dan terokai pelbagai tempat menarik di negeri ini.

"Jom, Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! Kerajaan Negeri bagi baucar pelancongan RM200. Tebus segera dan terokai destinasi percutian menarik serta unik di negeri ini," kata Ng Sze Han di Facebook.

Baucar boleh ditebus menggunakan platform e-dompet Lazada dan Touch 'n Go.

Pada 18 Disember lalu, Selangor melancarkan program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap satu bermula 8 hingga 31 Januari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 7,000 baucar boleh ditebus untuk hotel, inap desa berlesen serta taman tema di negeri ini.

.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619